Sunday, June 13, 2010

Maklumat Homestay/ Homestay Information

Homestay Hj Yunus
Terletak di dalam daerah Pasir Mas , Kelantan.
Berdekatan dengan Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas Kelantan.

3 bilik , 2 bilik air dan dapur lengkap dengan segala perkakasan.
Nota : 1 bilik dijadikan stor buat masa ini. Hanya 2 bilik yang boleh digunakan.
(Seperti di dalam gambar)

Kawasan sekitar homestay ini agak luas, boleh memuatkan 5 buah kereta dalam 1 masa.



Bilik Utama : Lengkap dengan katil kelamin, kipas dan penghawa dingin.



Bilik 2 : Bilik lengkap dengan 2 katil bujang, kipas dan penghawa dingin.

 Ruang Santai : Televisyen (decoder astro juge disediakan. Anda Boleh membawa smart card sendiri)


Ruang Tamu : Lengkap dengan sofa (berkipas)

Homestay ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti sofa, radio, televisyen, peti ais, dapur gas, pinggan mangkuk, mesin basuh, seterika dan lain lain.


Kelebihan di Homestay kami :

1) Anda dibenarkan menikmati buah-buahan dari pokok disekitar homestay kami tetapi anda DILARANG MENEBAS/MENEBANG mana-mana pokok tanaman kami. Terus terang kami nyatakan, mini dusun kami bukanlah dusun yang sangat besar, sepokok dua, tetapi jika kena pada masanya, memang terasa nikmatnya.


2) Lokasi yang strategik di antara Pasir Mas, Kota Bharu, Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh.

3)Kami juga membenarkan anda untuk berbbq(peralatan sendiri) di bangsal kami (terletak beberapa langkah dari pintu homestay kami).


Dalam perjalanan menuju ke homestay kami (selepas anda memasuki simpang sebelum Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas), anda akan melalui kawasan sawah padi dan pokok-pokok getah. Anda dapat menikmati suasana kampung yang masih terpelihara.


2 comments:

  1. kalau masuk 9/11 dan keluar pada 11/11 (3 hr 2 mlm) berapa kadar sewa yang dikenakan?

    ReplyDelete
  2. sila hubungi no telefon di About Us untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete